Monday, February 2, 2009

Tanah Merah, my beloved makan land


Selera Tepi Sungai-Segala makanan ada:
pulut, pengat, lauk? cakap saja makanan tradisional Kelantan, tak ralat.

Atas pasar-kedai mee mat zain: ramai sokmo, sleke sleke bos! Kalu nak sedap, beli sotong sediri bawah pasar tu & suruh dia campur dgn mee. Tapi kalu ramai oghe, dia tak layan weh! Nasi lemak tok wan Ali, baru pindah tempat baru, Tanah Merah Uptown- kawe dah tak pegi-sombong,
singgah makan nasi kerabu kak yah jah, depan tu, sedap! Malam joh ado weh!

Nasi berlauk pagi, lauk ayam kampung & nasi kerabu daging bakar-Kedai Kak Zah Belimbing-lambat dapat & lambat time nak bayar.
Ada tempat baru-nasi berlauk ayam kampung & nasi kerabu daging bakar juga-100 meter dari stesen minyak petronas Kubang Gali, gulai sedap, kuih cik mek, tepung bukus dan karipap juga sedap, panas-panas. Kalu wat balik ko tok ttua gak, gosok belake la awe wei...
Nasi Daun Pisang Yazid, dekat trafik light ke Padang Siam- fevorit kawe ialah kari ikan. Huh! mantap! kata budak-budak lo ni.

Naik atas sikit, dekat petronas Jalan Jedok, maaf, kawe baru tahu-kedai roti tempayan, ada kari kambing weh! Kawe, paling kurang roti 2, kambing 2. Tapi mula operasi pukul 6 pm.

Haaa
kalu kelik kampong lalu ikut tanah merah, sleke lah! Helo ko kawe skali.

1 comment:

  1. time balik duit kering sokmo.
    kena make rumah jah la.

    ReplyDelete