Tuesday, January 20, 2009

Please behave yourself, Mr Obama





Bush,
berambus!
pergi mampus!
buat menyemak dunia saja!





Obama,
masuklah ke dalam rumah putih peninggalan celaka itu
dan dengarlah jeritan dunia:
change!
change!
change!

change we need!

Saturday, January 17, 2009

VS


Wahid vs Farid
sudah ditunjukkan jalan

Israel vs Palestin
tanpa kesudahan

Mawi vs Ina
hanya tinggal kenangan

Azilah vs Tun Majid
AC Milan vs Manchester City
Malaysia vs Rasuah
Mahathir vs Pak Lah
Awang Sariyan vs PPSMI
semuanya sedang bertegang

Nafsu vs Akal
selamanya akan berperang

Friday, January 16, 2009


PPSMI

P Pandir
P Pokko
S Sial
M Mangkok
I Insane (Iseng)

*Kepada PPSMI di atas, tolong pikir cara lain untuk pandaikan bahasa inggeris

Kuala Terengganu 17 Januari 2009


Tuang-tuang dan puang-puang
marilah undi saye
tolonglah undi saye!

Saye adelah seorang berjiwe rakyat
lihat saje di dade akhbo:
hari ini terpapo gambo saye ggatih teksi
semalang saye mengangkit orang sakit
kelmarin saye merawat orang tercedere
sebelum itu saye tolong orang meniage jual goreng pisang
sebelum itu saya ke paso juga tolong orang berniage
hah
tengok
esok banyok lagi bende pelik pelik yang saye akan buat

Tuang-tuang dan puang-puang
undilah saye
tolonglah saye!

Thursday, January 15, 2009

Catatan gila yg aku jumpa malam ini

http://abdullahjones.blogspot.com/
Setelah semua setuju yang malam Jumaat adalah MALAM KONGKEK KEBANGSAAN atau lebih dekenali sebagai Malam Kok, maka saya sarankan siang harinya di istiharkan sebagai HARI MEMBERI SAKIT HATI KEPADA SIAPA SAHAJA DENGAN MELETAKKAN KERETA IKUT SUKA HATI APABILA KE MASJID BERSEMBAHYANG JUMAAT atau untuk memudahkan sebutan,saya sarankan MENCALAT sebagai kependekkannya.

http://pyanhabib.blogspot.com/
kanak-kanak adalah si pandai
apabila berkata, sekolah dan universiti
sebagai tempat pandirkan si pandai!

http://rahimidinzahari.blogspot.com/
Saya dijemputnya untuk minum pagi. Saya pun hadir. Dia bercakap tanpa hentinya. Semua orang lain tak pandai. Bodoh. Bebal. Tak guna satu sen pun. Dia bercerita bahawa dirinya amat bagus. Bagus sekali. Percakapannya pandai, pandai sekali sehingga saya terkebil-kebil diam. Saya tak menjawab sepatah kata. Saya hanya mendengar. Hanya tiba-tiba seorang kanak-kanak telah membaling pinggan dan pinggan itu mengenai kepala kawan saya. Tempurung kepalanya terputus dua. Saya terkejut amat. Ternampak saya di dalam tempurung kepalanya yang kosong. Dia rupanya tak ada otak. Yang ada hanya hampas budu dan hampas kelapa yang telah diperah santannya.

Ingatan 8.1.2009 / 11 Muharram 1430 (12.33 a.m.)

Bonda,
pemergianmu
sebahagian dari jiwa kehidupanku
dibawa bersama...