Sunday, February 22, 2009

“kurang ajar sungguh perempuan
perempuan yang berbaju ketat
sendat sambil menutup kepala
dan mendakwa menutup aurat
mahu rasanya berdiri di depan mereka
membuka zip seluar dan tunjukkan
sambil menjerit
ini! ini! ini aurat!
hanya nampak apabila dibuka”

Dipetik daripada:http://sebelahitam.blogspot.com/search?updated-max=2009-01-15T20%3A44%3A00-08%3A00

Friday, February 20, 2009

Puteri kebanggaanku

Wednesday, February 18, 2009

Artis melayu
yg menjadi idola remaja

Babi u all!

Gambar untuk iktibar sahaja






dengan penuh rasa hina diri, ambo merayu
"marilah kita sama-sama kelik kepada Tuhan
yg telah menjadi dan mengajar kita"




Tuesday, February 17, 2009

Selasa Februari 17, 2009

Bahasa Inggeris: GMP serah Ahli Parlimen memorandum

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (Mstar)

MENTERI Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) menerima memorandum daripada Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Datuk Dr Hassan Ahmad di Lobi Parlimen hari ini. Turut kelihatan Sasterawan Negara Tan Sri A. Samad Said (kanan). - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) (GMP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan mereka terhadap pelaksanaan dasar PPSMI kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi gerakan itu, Datuk Dr, Hassan Ahmad di lobi Parlimen pagi ini.
Seramai 20 ahli GMP berarak dari Tugu Negara pada pukul 9.30 pagi tadi ke bangunan Parlimen.
Bagaimanapun, hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen pada pukul 10.15 pagi bagi menyerahkan memorandum itu.
Dalam sidang medianya, Hassan berkata, masalah PPSMI kini menjadi semakin serius sejak ia dilaksanakan enam tahun lalu.

"Pihak kerajaan bertanya, mengapa kini baru mahu dipersoalkan. Kita lihat sejak ia dilaksanakan sejak enam tahun lalu, beratus ribu pelajar di sekolah kebangsaan di luar bandar mengalami masalah untuk memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Cuba bayangkan orang Melayu, Cina dan India yang sejak daripada kecil menguasai bahasa ibunda mereka, tiba-tiba masuk darjah satu, mereka disuruh mempelajari ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa yang mereka tidak faham.
"Ia seperti menyuruh pelajar di England mempelajari bahasa yang mereka tidak faham. Ini sesuatu yang gila dan tidak betul," katanya.
Beliau berkata, pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak menjanjikan penguasaan dalam bahasa itu bertambah baik di kalangan pelajar.
"Kalau nak bagus dalam Bahasa Inggeris, belajarlah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Anda percayakah?" katanya.

Monday, February 16, 2009

My Budu

Hamidah guna resipi tradisi warisan bapa untuk hasilkan makanan unik berkualiti tinggi, mendapat permintaan ramai. BUDU sememangnya terkenal sebagai antara satu makanan tradisi masyarakat di Pantai Timur khususnya di Kelantan sejak zaman berzaman dan bagi Hamidah Mohd Amin, 40, budu jugalah yang mengubah nasib mereka sekeluarga. Pengusaha budu berasal dari Kampung Hujung Repek, Bachok, Kelantan, ini sudah berkecimpung dalam industri pembuatan budu sejak lebih 18 tahun lalu menggunakan resipi tradisi warisan bapanya Mohd Amin Jenal, 70, dan namanya sudah cukup sinonim dengan masyarakat di negeri itu.

“Sebelum membuka kilang budu, saya dan suami, (Mohd Asri Mokhtar, 42,) menjalankan perusahaan memproses kicap, tetapi tidak bertahan lama sebelum beralih kepada perusahaan budu. “Berbekalkan modal awal sebanyak RM12,000, saya hanya menjalankan perusahaan ini bersama keluarga, sebelum mengembangkan perniagaan secara komersial,” katanya ketika dikunjungi Berita Minggu. Jelasnya, bukan mudah untuk menghasilkan makanan unik ini, apatah lagi cabaran untuk mengekalkan mutu rasanya kerana jika tersilap ramuan ia boleh merosakkan keasliannya.

Sehubungan itu, bagi menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun. Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu. Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi. Hamidah memasak budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu bagi mengekalkan rasa budu berkualiti tinggi, kaedah sama yang digunakan sejak dulu. “Rahsia untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia diperam, cara memasak dan ramuan digunakan. Ramuan perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan kualitinya,” katanya. Bahan asas untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan ikan bilis usang. Hamidah berkata, syarikatnya mengeluarkan dua jenis budu yang berbeza, iaitu budu rasa asli tidak dicampur dengan perasa serta pewarna serta budu biasa. Bezanya budu asli warnanya agak kehitaman. Kini, ibu kepada empat anak ini mampu tersenyum bangga apabila budu keluarannya turut menembusi pasaran Thailand. Budu keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Pati Bilis Sejati dan Selera Kampung Cap Petai itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar pengeluarannya mencecah sehingga 24,000 botol sebulan. “Budu ini dijual dengan harga antara RM1 hingga RM1.70 sebotol. Saya bersyukur dengan perusahaan ini, saya mampu menampung kehidupan keluarga dan memenuhi impian untuk memiliki kereta dan rumah idaman. “Lebih membanggakan, perusahaan ini sebenarnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kampung ini. Sehingga kini kami mempunyai 20 pekerja, semuanya penduduk kampung ini,” katanya. Kebanyakan pekerja adalah wanita terdiri daripada suri rumah yang ditugaskan di bahagian pembungkusan termasuk kerja mengisi budu yang siap dimasak ke dalam bot sebelum dipasarkan. Beliau mengakui menghadapi masalah mendapatkan bekalan ikan bilis terutama menjelang musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh kerana ketika itu nelayan tidak turun ke laut menangkap ikan disebabkan ombak besar dan angin kencang. Bagi mengatasi masalah bekalan ikan tidak menentu pada musim tengkujuh, beliau terpaksa mengimport ikan bilis segar daripada negara jiran, Thailand.

Saturday, February 14, 2009


Ahad Februari 15, 2009 (mstar)

Isu bahasa Inggeris: Gapena buat laporan polis hari ini

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), yang sebelum ini berkata mahu menyaman kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan membuat laporan polis hari ini.
Ketua II Gapena, Prof Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung isu bahasa dengan memperkenalkan PPSMI.
Jelas beliau pendirian Gapena yang hanya mahu membuat laporan polis dan bukannya terus mengambil tindakan mahkamah seperti yang dirancang sebelum ini selewat-lewatnya hari ini adalah bagi memberi ruang untuk mereka meneliti perkara itu dengan lebih mendalam.
Tambah beliau, Kementerian Pelajaran dan kerajaan telah melakukan kesilapan besar dengan memperkenalkan PPSMI.


Mat Sabu, Darul Amin, Sg Gau, 14 Feb 2008:
"Kita membantah PPSMI kerana mengetepikan B Melayu, bukannya menidakkan B Inggeris. Kita minta kerajaan melaksanakan pengajaran & pembelajaran B Inggeris secara sistematik supaya semua orang boleh berbahasa inggeris".
(Lepas ni, Abe Mat boleh jadi Menteri Pelajare, ganti spesis lembik tu)

Friday, February 13, 2009

Bikin Filim

satu profesor film
bikin film
filmnya tak ubah macam TV burok
ada gambar tapi letih mata menengok

satu lagi profesor film
juga bikin film
filmnya tak ubah macam pelacur
tak ada value tapi pelanggan berduyun