Saturday, February 14, 2009


Ahad Februari 15, 2009 (mstar)

Isu bahasa Inggeris: Gapena buat laporan polis hari ini

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), yang sebelum ini berkata mahu menyaman kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan membuat laporan polis hari ini.
Ketua II Gapena, Prof Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung isu bahasa dengan memperkenalkan PPSMI.
Jelas beliau pendirian Gapena yang hanya mahu membuat laporan polis dan bukannya terus mengambil tindakan mahkamah seperti yang dirancang sebelum ini selewat-lewatnya hari ini adalah bagi memberi ruang untuk mereka meneliti perkara itu dengan lebih mendalam.
Tambah beliau, Kementerian Pelajaran dan kerajaan telah melakukan kesilapan besar dengan memperkenalkan PPSMI.


Mat Sabu, Darul Amin, Sg Gau, 14 Feb 2008:
"Kita membantah PPSMI kerana mengetepikan B Melayu, bukannya menidakkan B Inggeris. Kita minta kerajaan melaksanakan pengajaran & pembelajaran B Inggeris secara sistematik supaya semua orang boleh berbahasa inggeris".
(Lepas ni, Abe Mat boleh jadi Menteri Pelajare, ganti spesis lembik tu)

No comments:

Post a Comment